Salam sejahtera dan salam ukhwah dari saya, syukur alhamdulillah saya
diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi apa yang telah
dikongsikan. Bukan buat saya seorang, malah buat anda semua. Mungkin
sudah ada yang membaca mengenai artikel ini, tetapi tidak salah bukan
jika dibaca sekali lagi untuk peringatan kita.
Sebuah artikel yang telah dikongsikan di laman Facebook yang bertajuk “Sebab Mata Lelaki Gemar Melihat Badan Wanita” untuk tatapan anda semua buat kali ini. Semoga dengan artikel ini dapat membantu umat Islam semua, terutama kepada kaum Hawa.
Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah
menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubung kait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan
bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan
iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya
dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa? Semua orang
tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal
dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki
terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya
ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita
itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata
lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu
berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping
pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk
pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk
punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk
punggung tidak kelihatan.
Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah
sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat
bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu
akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh,
berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka
akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah
wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya
dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan
sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke
atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai
muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah
pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan
menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan
fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki
itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah
atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai
perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya
terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata
lelaki itu dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan
anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan
diri masing-masing. Jangan keluar seorang diri, keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan
luar.
Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau
muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah, “Dan tundukkanlah pandangan mudan jagalah
kemaluanmu.”
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf
seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat dan pada
kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita
muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian
paling menarik untuk dicuri. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling
sukar untuk dijaga. Semoga dengan apa yang disampaikan ini dapat
membantu kita semua terus berada di dalam kejahilan. InsyaAllah,
wassalam.
copy from - http://blog.mohdisa.com
share it!jom berdakwah :)